Sunday, May 31, 2026
HomeBERITA10 projek RM2.5 juta naik taraf Kampung Baru Pasak

10 projek RM2.5 juta naik taraf Kampung Baru Pasak

KOTA TINGGI: Terpilih sebagai kampung angkat MADANI Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kampung Baru Pasak di sini menerima limpahan manfaat melalui 10 buah projek melibatkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta yang bakal siap Oktober ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata projek itu melibatkan projek menaik taraf jalan, menaik taraf balai raya, menaik taraf infrastruktur, pemasangan lampu jalan, membaik pulih gelanggang serbaguna dan membaik pulih lima buah rumah penduduk yang melibatkan kos sehingga RM16,000 sehingga17,000 sebuah. Katanya projek berkenaan turut melibatkan pembinaan baru surau, membina dua unit pusat komuniti, program gotong-royong perdana MADANI serta penganjuran pelbagai kursus dan latihan buat penduduk.

Menurutnya pemilihan kampung angkat itu tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan Kementerian Kewangan dan Kampung Baru Pasak memenuhi kriteria-kriteria tersebut. “Apa yang penting impak dari pelaksanaan projek tersebut seperti pemasangan lampu jalan itu akan menjadikan jalan terang dan secara langsung akan memberi keselamatan, dari segi perjalanan pula akan mengurangkan kemalangan. “Seperti balai raya pula akan lebih selesa untuk digunakan oleh orang ramai, surau pun sama lebih ramai boleh imarahkan jadi maklumat-maklumat kepada orang kampung dapat disampaikan dengan lebih cepat lebih optimum dan lebih selesa.

Diharapkan juga inisiatif ini dapat membantu menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti lain termasuk sosial dan ekonomi,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kampung Baru Pasak sempena Program Kampung Angkat MADANI MINDEF, hari ini. Ketua Kampung Baru Pasak, Mohd Ridzwan Midi berkata selama ini penduduk kampung tersebut terpaksa keluar kampung untuk menggunakan infrastruktur yang tiada di kampung ini namun selepas ini tidak perlu lagi. Katanya kaum wanita di kampung itu juga telah mengajukan permohonan untuk melaksanakan projek cendawan bagi merancakkan Industri Kecil Sederhana (IKS) di bawah projek kampung angkat MADANI itu dan permohonan tersebut mendapat respon yang baik.

Ridzwan Midi

Abdul Manap Abdul Rahim

Rosmawati Tukimin

 “Selama ini orang kampung terpaksa keluar dari kampung ini untuk menggunakan infrastruktur, selepas ini bila sudah ada dewan terbuka boleh dimanfaatkan oleh penduduk. “Surau pula semakin hari semakin bertambah jemaah kerana banyak rumah baru telah dibina di sini dan secara tidak langsung penduduk semakin ramai jadi dapat imarahkan surau yang ada bila siap nanti. “Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada MINDEF kerana memilih kampung ini sebagai kampung angkat MADANI semoga apa diberikan dapat digunakan sebaiknya untuk penduduk,” katanya.

Bagi penduduk Abdul Manap Abdul Rahim, 69 berkata dia amat bersyukur kerana terpilih menerima bantuan baik pulih rumah dibawah program itu. Dia yang juga pesara tentera berkata sistem pendawaian di rumahnya mengalami masalah sejak 10 tahun lalu yang mana perlu, telah dibaiki mengunakan peruntukan ini.

 “Saya mula menetap di kampung ini sejak tahun 1998. Pendawaian di rumah memang perlu ditukar tetapi tidak tukar-tukar. Ada plug di rumah yang tidak boleh pakai, kadang kala lampu di rumah berkelip-kelip. “Memang risau jika berlaku lintar pintas sebab itu setiap kali hujan lebat petir kami akan matikan elektrik di rumah.

“Rumah saya juga terpilih untuk bantuan naik taraf tandas, alhamdulillah akan jadi lebih selesa buat kami sekeluarga tambahan pula saya ada penyakit saraf pinggang dan tapak kaki, bantuan ini memang benar membantu, ” kata bapa kepada tiga orang anak itu.

Sementara itu seorang lagi penduduk Rosmawati Tukimin, 62 berkata dia amat teruja menantikan projek cendawan yang akan dilaksanakan. Ibu kepada empat orang anak itu berkata dia yakin projek berkenaan akan mampu menambahkan pendapatan penduduk terutama golongan wanita di kampung itu.

“Saya amat berbesar hati sekurang-kurangnya dapat naik taraf ekonomi kami di sini. Seperti saya suri rumah tak ada kerja tapi bila ada projek cendawan yang dirancang ini orang kata dapatlah bantu tambah duit belanja walaupun sikit. “Macam saya anak-anak yang bantu dari segi kewangan mereka semua sudah bekerja dan merekalah yang menyumbang setiap bulan.

“Projek cendawan ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang tiada pekerjaan di kampung ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES