Thursday, June 11, 2026
HomeBERITAKolaborasi dengan Ericsson jadikan Malaysia negara teknologi 5G terhebat

Kolaborasi dengan Ericsson jadikan Malaysia negara teknologi 5G terhebat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap pelaburan dan kerjasama berterusan dengan syarikat telekomunikasi Ericsson akan mampu meletakkan Malaysia sebagai negara teknologi 5G terkemuka di persada dunia.

Beliau menzahirkan hasrat itu sewaktu pertemuan dengan delegasi Ericsson yang diketuai presiden merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan Börje Ekholm pada Rabu.

Anwar menerusi hantaran di platform X rasmi beliau berkata, pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia yang telah melebihi 80 peratus daripada kawasan berpenduduk yang diliputi dengan mencatatkan prestasi dan pengalaman pengguna antara yang terbaik di dunia.

“Susulan kejayaan pelaksanaan 5G di Malaysia, saya mengalu-alukan pelaburan, kerjasama strategik dan perkongsian kepakaran dalam meningkatkan keupayaan peluasan rangkaian 5G yang boleh dimanfaatkan oleh semua sektor.

“Saya berharap agar kerjasama erat ini dapat memacu penggunaan 5G secara meluas hatta (seterusnya) mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia,” kata beliau. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES