KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menyumbangkan sejumlah RM1.75 juta hasil dari bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas kepada kerajaan Persekutuan.
Menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Yang di-Pertuan Agong menyatakan harapannya agar sumbangan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membantu rakyat.
Menurut laporan tersebut dari Bernama, nombor plat kenderaan istimewa FFF 1 kini dimiliki oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah menawar dengan nilai tertinggi sebanyak RM1.75 juta.
Sumber: Sinar Harian





