Saturday, July 12, 2025
HomeVIRALAdik Bekas Perdana Menteri, Nazim Razak Tular Nikah Di Bali

Adik Bekas Perdana Menteri, Nazim Razak Tular Nikah Di Bali

PETALING JAYA – Video perkahwinan adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Muhammed Nazim Tun Razak yang berlangsung di Bali, Indonesia kembali menghangatkan media sosial.

Difahamkan Muhammed Nazim yang merupakan bekas suami kepada usahawan tudung terkenal, Siti Nurjuma Habib Muhamed itu telah melangsungkan pernikahannya bersama gadis pilihan dari Indonesia pada pada 22 September lalu.

Namun, video pernikahannya bersama pasangan tersebut baru tular di media sosial melalui satu hantaran di TikTok sejak semalam.

Menerusi satu portal Indonesia, pasangan pilihan Muhamed Nazim itu dikenali sebagai Dr. Dea Tunggaesti merupakan seorang peguam serta ahli politik dari negeri seberang itu.

Menurut Kosmo, Dea Tunggaesti didakwa pernah berkahwin sebelum ini dan telah mempunyai dua orang anak bersama bekas suaminya yang terdahulu.

Terdahulu, Muhammed Nazim pernah menggegarkan Malaysia apabila melangsungkan perkahwinan bersama bekas pengacara Nona, Norjuma Habib Mohamed.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mbappe, Cristiano Ronaldo Buat Pilihan Sama

0
PARIS – Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo miliki pilihan yang sama dalam memilih siapa yang layak merangkul Ballon d’Or 2025 dengan kedua-duanya menyatakan sokongan...

CATEGORIES