Tuesday, April 21, 2026
HomeVIRAL'Abang Katak' Kecewa Pekerjaan Dihina, Dipandang Rendah

‘Abang Katak’ Kecewa Pekerjaan Dihina, Dipandang Rendah

PETALING JAYA – “Macam orang bodoh ja pakai macam ni, jalan-jalan kat bandar panas-panas.”

Itu ungkapan berbaur hinaan yang dilemparkan kepada seorang lelaki ketika mencari rezeki dengan mengenakan kostum katak.

Menggunakan nama Oby Shaari di Facebook, dia memaklumkan kembali memakai kostum katak sambil berjalan-jalan di Bandar Kota Tinggi sebagai punca rezeki.

Namun, Oby berasa kecewa selepas terdengar seorang individu melemparkan kata-kata berkenaan, tetapi mengambil keputusan untuk mengabaikannya.

“Adalah hamba Allah seorang ni cakap dengan kawan dia, kita dengar ja. Bila berhenti tengok, dia terus blah. Yang aku tahu kerja aku ni hina di mata orang yang berharta macam kau, sebab tu kau boleh cakap macam tu.

“Sebab aku sedang usaha untuk isteri aku yang sedang mengandung sekarang ni. Aku cuma nak hiburkan budak-budak dan diri sendiri,” katanya.

Melalui tinjauan Kosmo, kata-rata orang ramai meminta supaya dia tidak mempedulikan kata-kata individu berkenaan selagi rezeki dicari secara halal.

“Jangan pedulikan cakap orang bang. Selagi rezeki halal dan tak susahkan sesiapa, teruskan,” ujar Mohamad Fadil.

“Biar dia, suatu hari dia rasa. Rileks sudah,” pesan Che Him.

“Jangan putus asa abang katak. Setiap yang berusaha pasti akan menemui kejayaan,” komen seorang lagi pengguna.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kalau Pasangan Curang, Kita Dah Ada Duit Sendiri – Fasha Sandha

0
KUALA LUMPUR – Aktres Fasha Sandha menasihatkan golongan wanita untuk mempunyai wang simpanan sendiri sebagai bekalan kecemasan sekiranya ditinggalkan pasangan yang curang. Pemilik nama penuh...

CATEGORIES