Tuesday, September 8, 2026
HomeSUKANPerak FC Hentikan Operasi Serta-Merta, Hantar Pulang Pemain Import

Perak FC Hentikan Operasi Serta-Merta, Hantar Pulang Pemain Import

IPOH – Secara rasmi Perak FC menghentikan semua operasi berkuat kuasa serta-merta akibat tekanan kewangan yang dihadapi oleh pasukan itu.

Menurut pengurusan pasukan, Perak FC telah menghantar pulang pemain-pemain import dan membayar apa yang termampu kepada para staf dan pemain dengan baki dana yang ada.

Semua staf dan pemain pasukan juga telah dimaklumkan bahawa Perak FC tidak akan menyertai sebarang liga atau pertandingan pada musim akan datang dan bebas mencari peluang di kelab bola sepak lain.

“Setelah tiga tahun atau dua setengah musim, dengan pelaburan melebihi RM40 juta, kami amat dukacita memaklumkan bahawa tiada lagi baki dana untuk diperuntukkan. Justeru, Perak FC akan menghentikan semua operasi berkuat kuasa serta-merta,” menurut pasukan tersebut, hari ini.

Pengurusan pasukan itu juga mengucapkan penghargaan kepada para penyokong atas sokongan tanpa berbelah-bahagi.

“Ini bukanlah penutup yang kami harapkan, tetapi kami perlu berpijak di bumi yang nyata serta menerima kenyataan bahawa kekurangan dana telah membataskan segalanya dan sampai masanya kelab terpaksa ditutup,” menurut pasukan tersebut.

Pengurusan pasukan turut mengimbau perjalanan Perak FC dengan langkah membersihkan RM8 juta hutang yang ditinggalkan oleh pengurusan terdahulu dan memperuntukkan RM10 juta setiap tahun untuk menguruskan operasi kelab.

Pengurusan pasukan menyatakan mereka masih menguruskan peralatan latihan pasukan dan baki barangan untuk dijual serta menunggu dana daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi kegunaan menyelesaikan kewajiban yang tertunggak sebaik mungkin.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Lebih RM280 Juta Tanam Semula Sawit Antara Cadangan Belanjawaan 2027

0
PUTRAJAYA - Kerajaan sedang meneliti cadangan peruntukan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 dalam Belanjawan 2027 sebagai usaha memperkukuh...

CATEGORIES