Saturday, April 11, 2026
HomePERNIAGAANMalaysia Di Tangga Ke-29 Sistem Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia

Malaysia Di Tangga Ke-29 Sistem Penjagaan Kesihatan Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia menduduki tangga ke-29 terbaik di dunia dalam sistem penjagaan kesihatan mengatasi beberapa negara maju termasuk Amerika Syarikat, China dan Sweden berdasarkan Indeks Penjagaan Kesihatan Numbeo 2026.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia juga berada di tangga ketiga di Asia Tenggara mengatasi Filipina, Vietnam, dan Indonesia.

Beliau menjelaskan, kejayaan itu sebahagiannya disokong oleh struktur organisasi sebanyak 151 hospital di seluruh negara yang tersusun mengikut kategori.

Jelas beliau, kategori itu dikelaskan mengikut jenis iaitu perkhidmatan yang disediakan, bilangan pesakit dan beban kerja serta kompleksiti diagnosis.

“Setiap kategori hospital memainkan peranan yang jelas dalam menyediakan rawatan berkualiti secara berperingkat, kebolehcapaian perkhidmatan dan kos berpatutan.

“Sekaligus memperkukuh reputasi Malaysia sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang efisien, tersusun dan mesra rakyat,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian tentang langkah Kementerian Kesihatan menyelesaikan masalah ketiadaan kelengkapan perubatan seperti Mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan alatan perubatan lain di hospital daerah.

Dr. Dzulkefly menegaskan bahawa sistem hospital berperingkat membolehkan rakyat menerima rawatan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing tanpa mengabaikan kualiti atau kos.

Beliau menambah bahawa pencapaian itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh sektor kesihatan negara dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES