Saturday, July 12, 2025
HomeLUAR NEGARASaintis Ramal Ribut Solar Dahsyat 2024 Sehingga Ganggu Liputan Internet

Saintis Ramal Ribut Solar Dahsyat 2024 Sehingga Ganggu Liputan Internet

NEW DELHI – Saintis-saintis mengeluarkan amaran mengenai fenomena ribut solar dahsyat yang diramalkan berlaku pada awal tahun depan, lapor laman berita news18.com kelmarin.

Menurut beberapa penemuan baharu, ribut solar itu akan cukup kuat untuk mengganggu liputan internet di Bumi selama berminggu-minggu disebabkan oleh  oleh medan magnet matahari.

Satu kajian itu menyatakan bahawa ribut solar itu berlaku ketika kemuncak kitaran aktiviti Matahari yang dikenali sebagai Suria Maksimum.

Penemuan saintis-saintis tersebut bercanggah dengan ramalan NASA sebelum ini yang menyatakan bahawa fenomena Suria Maksimum akan berlaku pada akhir 2025.

Aktiviti  Matahari memuncak setiap  11 tahun yang mencetuskan gangguan terhadap cuaca angkasa lepas di samping menjejaskan satelit, grid elektrik dan sistem komunikasi di seluruh dunia.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mbappe, Cristiano Ronaldo Buat Pilihan Sama

0
PARIS – Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo miliki pilihan yang sama dalam memilih siapa yang layak merangkul Ballon d’Or 2025 dengan kedua-duanya menyatakan sokongan...

CATEGORIES