Thursday, April 30, 2026
HomeLUAR NEGARAPuluhan Ribu Pindah, Kajiki Bawa Angin 160 km/j Hampiri Vietnam

Puluhan Ribu Pindah, Kajiki Bawa Angin 160 km/j Hampiri Vietnam

HANOI – Berpuluh-puluh ribu penduduk dipindahkan dari pesisir pantai hari ini ketika Taufan Kajiki menghampiri daratan dan dijangka membadai kawasan tengah Vietnam dengan angin selaju 160 kilometer sejam(km/j).

Kajiki  yang merupakan taufan kelima melanda Vietnam tahun ini, sedang bergerak  melintasi Teluk Tonkin, menyebabkan ombak setinggi hingga 9.5 meter (31 kaki).

Lebih 325,500 penduduk di lima wilayah pesisir pantai  sepatutnya berpindah ke sejumlah sekolah dan bangunan awam yang dijadikan pusat perlindungan sementara, kata pihak berkuasa.

Menjelang subuh tadi, hampir 30,000 orang telah dipindahkan, manakala  dua lapangan terbang domestik ditutup dan semua kapal nelayan yang berada di laluan taufan dipanggil pulang ke pelabuhan.

Ribut itu dijangka melanda sekitar pukul 1 tengah hari (2 petang waktu Malaysia),  kata Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Nasional Vietnam.

Bagaimanapun, kekuatan Kajiki dijangka berkurangan secara mendadak selepas tiba di daratan.

Lebih 12 penerbangan domestik Vietnam dibatalkan semalam, manakala pentadbiran Hainan di China memindahkan kira-kira  20,000 penduduk ketika taufan melintasi selatan pulau itu.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Ada Anak Lelaki, Nak Saja Saya Jodohkan Dengan Fazura’

0
PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah Sheila Rusly meluahkan hasrat mahu menjadikan aktres Fazura sebagai menantu sekiranya mempunyai anak lelaki yang masih belum berkahwin. Perkara...

CATEGORIES