Thursday, June 11, 2026
HomeLUAR NEGARAPM Perancis Serah Letak Jawatan Hari Ini

PM Perancis Serah Letak Jawatan Hari Ini

PARIS – Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin. Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.

“Saya tahu bahawa berdasarkan keputusan malam ini, ramai orang Perancis merasakan satu bentuk ketidakpastian tentang masa depan, kerana tiada majoriti mutlak terhasil”

“Negara kita sedang mengalami situasi politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan sedang bersedia untuk mengalu-alukan dunia (untuk sukan Olimpik) dalam beberapa minggu.

“Dengan itu, saya sudah tentu akan melakukan tugas saya selagi diperlukan,” katanya.

Ini sekali gus meletakkan mereka di landasan untuk kemenangan yang tidak dijangka ke atas Parti National Rally (RN) meskipun kekurangan majoriti mutlak di Parlimen. Keputusan itu akan menandakan kejatuhan paling besar untuk parti paling kanan itu, yang mana tinjauan pendapat sebelum ini mendedahkan mereka akan menang dengan selesa.

Bagaimanapun kerjasama yang terjalin antara pakatan berhaluan kiri dan tengah menarik ramai calon daripada perlumbaan tiga penjuru untuk membina undi bersatu anti-RN.RN ditetapkan untuk menduduki tempat ketiga, menurut unjuran peninjau berdasarkan keputusan awal, mengekori penyokong Macron.

Pilihan raya itu akan menyebabkan Parlimen terbahagi kepada tiga kumpulan besar dengan platform yang sangat berbeza dan langsung tiada tradisi untuk bekerjasama.

Pengundian itu juga memalukan Macron, yang mengisytigarkan pilihan raya awal selepas tewas dalam pilihan raya Parlimen Eropah bulan lalu. – Awani

Sumber – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES