Wednesday, April 22, 2026
HomeLUAR NEGARAPenampakan Pontianak Atas Kereta Punca Hampir Terbabas

Penampakan Pontianak Atas Kereta Punca Hampir Terbabas

BANGKOK – Penampakan lembaga menyerupai wanita berpakaian serba putih dan berambut panjang di atas bumbung sebuah kereta yang kelihatan seakan-akan puntianak, nyaris menyebabkan kemalangan jalan raya pada waktu malam.

Laman berita Thaiger melaporkan, klip video yang memaparkan susuk menyeramkan itu telah dimuat naik di akaun TikTok @c.aphisama.

“Saya hampir terbabas setelah melihat ini (lembaga) pada pukul 11 malam. Saya fikir ia adalah hantu di atas bumbung. Ia hanya duduk di atas sana dengan rambut panjang dan berpakaian putih,” demikian menurut keterangan video itu.

Individu tersebut dikatakan merakam lembaga itu di atas sebuah kereta yang bergerak di hadapan kenderaannya. Keadaan sekeliling pula kelihatan gelap-gelita dan hanya diterangi lampu jalan.

Selepas video itu tular, akaun TikTok yang sama memuat naik satu lagi video selepas netizen mempersoalkan kesahihan rakaman tersebut.

Video kedua memaparkan rakaman dari jarak lebih dekat ketika kereta perakam bertindak memotong kereta di hadapannya dengan lembaga itu dapat dilihat lebih jelas.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES