Wednesday, February 11, 2026
HomeLUAR NEGARAGadis Berusia 4 Tahun Cipta Rekod Dunia Tiba Di Kem Gunung Everest

Gadis Berusia 4 Tahun Cipta Rekod Dunia Tiba Di Kem Gunung Everest

KATHMANDU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang pernah dibesarkan di Malaysia menjadi pendaki paling muda tiba di sebuah kem induk di Gunung Everest, lapor portal berita metro.co.uk semalam.

Bersama bapa dan abang lelakinya yang berusia tujuh tahun, Zara berjaya melakukan perjalanan yang menakutkan sehingga ke kem tersebut yang terletak pada ketinggian 5,363 meter manakala gunung tersebut setinggi 8,848 meter.

Gambar-gambar menunjukkan pendaki muda itu yang berasal dari Republik Czech, berjalan kaki bersama abangnya berlatarbelakangkan pemandangan yang menakjubkan.

Akaun Instagram di bawah nama abangnya mengesahkan kejayaan adiknya itu pada 7 Januari lalu.

Bapanya, David Sifra berkata: ‘Tiada masalah semasa perjalanan, penyesuaian diri dengan Iklim. Terima kasih kepada keadaan fizikalnya yang sangat baik, malah mampu bersaing dengan beratus-ratus pendaki lain.

‘Bagaimanakah mungkin seorang gadis berusia empat tahun secara fizikal dan mental menguruskan perkara seperti ini?”

Sifra menekankan bahawa didikan luar biasa Zara di Malaysia telah membantunya berlatih untuk berkembang maju dalam pendakian yang mencabar dan akhirnya membiarkannya memecahkan rekod dunia.

Zara mengatasi rekod dunia untuk pendaki termuda yang pernah tiba di gunung yersebut yang dipegang oleh Prisha Lokesh Nikajoo, berusia lima tahun ketika melakukan pendakian pada 2023.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terima Kasih Sebab Jadi Ibu Tiri Yang Tak Kedekut’ – Thalita

0
PETALING JAYA – Penyanyi meningkat naik Thalita bersyukur apabila dikurniakan seorang ibu tiri iaitu Watie Hanifiah yang menjaganya seperti anak kandungnya sendiri. Menurut Thalita atau...

CATEGORIES