Wednesday, February 11, 2026
HomeLUAR NEGARADitendang Keluar Kumpulan Whatsapp, Seorang Lelaki Bertindak Membunuh Rakannya

Ditendang Keluar Kumpulan Whatsapp, Seorang Lelaki Bertindak Membunuh Rakannya

JAKARTA – Seorang lelaki warga Indonesia menikam dan membunuh rakannya selepas dia dikeluarkan daripada sebuah kumpulan WhatsApp, lapor portal berita New Paper kelmarin.

Mayat Adrian ditemui petang Ahad lalu dengan tiga kesan tikaman, termasuk satu tikaman di dada sehingga menembusi jantungnya, kata polis di Bandung, Jawa Barat.

Berdasarkan keterangan di tempat kejadian, polis menahan suspek, Toto Toyiban, 36, beberapa jam kemudian di sebuah daerah lain.

Kedua-dua lelaki itu adalah rakan dan ahli kumpulan sembang bernama XTC Beer 188, di mana perbincangan mereka kebanyakannya berkisar pada motosikal, lapor laman berita Tribun Jabar.

Toyiban meninggalkan mesej yang dianggap oleh Adrian, 29, sebagai ejekan, kata Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo pada Isnin lalu. 

Sebagai pentadbir kumpulan sembang, Adrian mengeluarkan rakannya daripada kumpulan sembang XTC Beer.

Pembunuhan berlaku di Kampung Bojongmalaka, Bandung, Jawa Barat selepas pergaduhan berlaku sehingga Toyiban menyerang rakannya dengan senjata tajam yang dibawanya, kata polis.

Toyiban berdepan hukuman penjara 15 tahun jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Terima Kasih Sebab Jadi Ibu Tiri Yang Tak Kedekut’ – Thalita

0
PETALING JAYA – Penyanyi meningkat naik Thalita bersyukur apabila dikurniakan seorang ibu tiri iaitu Watie Hanifiah yang menjaganya seperti anak kandungnya sendiri. Menurut Thalita atau...

CATEGORIES