Wednesday, June 18, 2025
HomeLUAR NEGARA"Bumi Baru Sahaja Mengalami Hari Yang Paling Panas"

“Bumi Baru Sahaja Mengalami Hari Yang Paling Panas”

Paris: 21 Julai adalah hari paling panas pernah didaftarkan di seluruh dunia, menurut data awal yang diterbitkan oleh pemantau iklim Kesatuan Eropah (EU), Selasa lalu.

Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) berkata, purata suhu udara permukaan global adalah 17.09 darjah Celsius pada Ahad adalah yang paling panas dalam rekodnya, iaitu sejak 1940.

Ia ketika gelombang haba dan kebakaran hutan memusnahkan sebahagian besar Eropah dan Amerika Syarikat.

“Bumi baru sahaja mengalami hari yang paling panas,” kata pemantau itu dalam satu kenyataan.

Paras tertinggi harian baharu ialah 0.01 darjah Celsius melebihi suhu rekod sebelumnya iaitu 17.08 yang direkodkan pada 6 Julai 2023.

“Pada 21 Julai, C3S merekodkan rekod baharu bagi purata suhu global harian,” kata Pengarah C3S, Carlo Buontempo, dalam satu kenyataan.

Walaupun hanya sedikit peningkatan berbanding rekod sebelumnya, apa yang “benar-benar mengejutkan” ialah rentetan haba global yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang direkodkan sepanjang 13 bulan lalu, tambah Buontempo.

Setiap bulan sejak Jun 2023 mengatasi rekod suhu berbanding bulan sama pada tahun-tahun sebelumnya.

Copernicus berkata, dalam konteks ini, dan pada kemuncak musim panas Hemisfera Utara, ia tidak “sepenuhnya tidak dijangka” bahawa rekod suhu tinggi harian baharu ini akan dipecahkan.

Suhu global dijangka memuncak dan menurun tidak lama lagi walaupun mungkin terdapat turun naik selanjutnya dalam beberapa minggu akan datang, kata Copernicus.

Sumber : hmetro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES