Thursday, June 25, 2026
HomeLUAR NEGARAAustralia Lebih Berwaspada, Tingkatkan Tahap Keselamatan

Australia Lebih Berwaspada, Tingkatkan Tahap Keselamatan

CANBERRA – Canberra hari ini meningkatkan tahap ancaman keganasannya daripada ‘mungkin’ kepada ‘berkemungkinan besar’ dengan pegawai-pegawai perisikan tertinggi Australia memetik peningkatan dalam ‘ideologi melampau’ di tanah air.

Ketua perisikan Mike Burgess berkata,  tiada tanda-tanda ‘serangan akan berlaku’ tetapi terdapat peningkatan ancaman keganasan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Persekitaran keselamatan Australia merosot, menjadi lebih tidak menentu dan sukar  untuk diramalkan.

“Anda telah mendengar saya berkali-kali berkata bahawa pengintipan dan campur tangan asing adalah kebimbangan keselamatan utama kami. Bagaimanapun risikan mendapati  ini tidak lagi tepat.

“Keganasan bermotifkan politik kini menyertai pengintipan dan campur tangan asing sebagai kebimbangan keselamatan utama kami,” katanya kepada pemberita.

Burgess yang merupakan  ketua Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia menambah, lebih ramai rakyat Australia menjadi radikal  dan negara itu sedang memerangi ‘lonjakan dalam polarisasi politik’.

Awal tahun ini, seorang suspek berusia 16 tahun menikam seorang biskup Kristian Assyria semasa upacara keagamaan sebuah di Sydney dalam kejadian yang disifatkan polis sebagai tindakan ‘keganasan’ bermotifkan agama. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES