Monday, August 10, 2026
HomeLUAR NEGARA7 Orang Hilang Dalam Kebakaran Pusat Beli-Belah

7 Orang Hilang Dalam Kebakaran Pusat Beli-Belah

JAKARTA – Sekurang-kurangnya tujuh orang hilang dalam kebakaran di sebuah pusat beli-belah di Jakarta, lapor portal berita Vietnamplus semalam.

Kebakaran berlaku sekitar pukul 5.20 petang (waktu tempatan) di Plaza Glodok pada 15 Januari lalu.

Menurut polis tempatan, ramai pengunjung berada di dalam bangunan semasa kejadian.

“Lebih 40 jentera dan 200 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran.

“Setakat petang semalam, bara api masih dikesan di salah satu bangunan walaupun usaha pemadaman telah memasuki peringkat penyejukan,” kata polis.

Anggota  bomba dan polis masih berada di tempat kejadian untuk mengenal pasti punca kebakaran.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Benda Disangka Hancurkan Itulah Dekatkan Kita Pada Allah’ – Yassin Yahya

0
PETALING JAYA – Pernah berdepan pengalaman pahit yang menggemparkan negara, pelawak Yassin Yahya mengakui insiden dilalui menjadi pengajaran untuk memperbaiki diri serta menjaga hubungan...

CATEGORIES