Thursday, April 23, 2026
HomeHIBURANZeera, Zhiddin Pilih Kenal Hati Budi Dahulu Sebelum Langkah Serius

Zeera, Zhiddin Pilih Kenal Hati Budi Dahulu Sebelum Langkah Serius

Kuala Lumpur: Pelakon Zeera Azizi mengakui kini sedang rapat dan dalam proses mengenali hati budi pempengaruh media sosial, Zhiddin Aziz.

Menurut Zeera, 29, hubungan mereka masih di peringkat awal dan belum berani untuk membuat sebarang kenyataan yang lebih serius mengenai status hubungan mereka.

“Sebenarnya kami memang rapat. Sekarang ni tengah dalam proses saling mengenali. Kami pun baru kenal tahun ini,” katanya.

Zeera berkata, mereka mula berkenalan selepas menghadiri sebuah acara yang sama sebelum saling mengikuti di Instagram dan mula berhubung selepas itu.

“Kami pernah terbabit dalam satu acara. Lepas tu, ‘follow’ satu sama lain di Instagram dan dari situ mula berkenalan. Ada juga beberapa kali keluar bersama,” katanya.

Menurut Zeera, salah satu perkara yang membuatkan dirinya selesa berkawan dengan Zhiddin ialah sikap matang lelaki itu, walaupun lebih muda daripadanya.

“Dia lebih muda daripada saya, tapi dia matang. Saya selesa dengan cara dia, dan dia pun selesa dengan saya. Mungkin dari situ kami jadi rapat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai keserasian mereka, Zeera berkata kedua-duanya sudah berkenalan dengan keluarga masing-masing dan ada berbincang mengenai hala tuju hubungan.

“Dia dah kenal keluarga saya dan saya pun pernah jumpa keluarga dia. Kami pun pernah berbual mengenai masa depan. Takkanlah berkawan tanpa tujuan, kan?

“Tapi nak kata merancang ke fasa seterusnya tu, Insya-Allah. Doakan yang baik-baik saja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES