Sunday, January 18, 2026
HomeHIBURANVanessa Hudgens Kini Bergelar Isteri Kepada Pemain Besbol, Cole Tucker

Vanessa Hudgens Kini Bergelar Isteri Kepada Pemain Besbol, Cole Tucker

PELAKON Vanessa Hudgens menitiskan air mata kerana terlalu gembira selepas berkahwin dan bergelar isteri kepada pemain besbol, Cole Tucker.

Melalui tinjaun Kosmo, menerusi temu bual bersama majalah Vogue, pelakon berusia 34 tahun itu mengungkap momen perkahwinannya bersama Tucker, 27, sebagai detik paling indah yang pernah dilaluinya dalam hidup.

“Perkahwinan saya umpama satu keajaiban. Saya sangat bersyukur dan gembira dengan perkahwinan ini.

“Malah semua tetamu memberikan kerjasama yang baik apabila mereka dilarang untuk menggunakan telefon bimbit seperti yang diminta sewaktu majlis berlangsung,” ujarnya.

Kata pelakon itu lagi, dia tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu majlis perkahwinannya yang berlangsung di Tulum, Mexico baru-baru ini.

Hal ini kerana, impiannya untuk bergelar isteri pada usia sebelum 30 tahun akhirnya tercapai.

“Perkahwinan ini ibarat satu impian yang sudah lama saya idamkan dan menjadi momen paling indah dalam hidup saya,” katanya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ekonomi Malaysia Diunjur Bertumbuh 5.7% Pada Suku Keempat 2025

0
PETALING JAYA – Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.7 peratus pada suku tahun keempat 2025, berdasarkan anggaran awalan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diterbitkan...

CATEGORIES