Saturday, June 13, 2026
HomeHIBURANUmur 62, Susan Lankester Sebak Menang Pelakon Wanita Asia Terbaik

Umur 62, Susan Lankester Sebak Menang Pelakon Wanita Asia Terbaik

PETALING JAYA – Menjelang kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 Sabtu ini, calon Top 5 Aktres Terbaik, Susan Lankester terlebih dahulu mengukir kejayaan dalam Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024 apabila dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada acara yang berlangsung di Singapura, semalam.

Susan, 62, menewaskan empat lagi calon dari negara Asia yang lain menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza.Susan dilihat menangis saat namanya diumumkan sebagai pemenang.

Dalam ucapannya, Susan berterima kasih kepada barisan juri kerana masih melihat pelakon yang berusia lebih 60 tahun untuk meraih anugerah tersebut.

“Terima kasih kerana melihat bakat saya, terima kasih kerana melihat bakat pelakon yang berusia lebih 60 tahun.

“Saya sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas ini bersama empat lagi calon hebat yang lain.

“Semoga akan ada lebih banyak peluang dan watak untuk pelakon wanita selepas ini,” katanya.

Susan turut berterima kasih kepada pengarah filem Rain Town kerana memilihnya untuk melakonkan watak Aileen biarpun dia bukan pilihan pertama.

“Saya ingin berterima kasih kepada Tunku Mona kerana memberikan watak ini kepada saya. Sewaktu sesi uji bakat, dia beritahu saya bahawa saya bukanlah pilihan pertama. Ada pelakon lain juga. Tetapi saya bersyukur kerana akhirnya dia memilih saya,” kongsi.

Pelakon yang terkenal dengan sitkom 2+1 itu juga turut mendedikasikan kemenangan penuh makna tersebut buat ibunya.

Menurut Susan watak Aileen diciptanya berdasarkan ibunya sendiri.

“Saya ingin dedikasikan anugerah ini kepada para ibu di luar sana, termasuklah ibu saya sendiri. Ibu saya ialah Aileen. Saya cipta karakter Aileen disebabkan dia,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama Susan memenangi trofi dalam anugerah berprestij sedemikian.

Sebelum ini dia pernah merangkul trofi Pelakon Komedi Wanita Terbaik pada anugerah sama tiga tahun lepas menerusi drama Keluarga Baha Don.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES