Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANTomok Dan Sharul Raih Duo Terbaik Minggu Pertama Famili Duo 4

Tomok Dan Sharul Raih Duo Terbaik Minggu Pertama Famili Duo 4

Shah Alam: Konsert minggu pertama Famili Duo musim keempat (FD4) menyaksikan pasangan sepupu, Tomok dan Sharul Kamal menang Duo Terbaik.

Tomok dan Sharul berjaya memukau dengan lagu Aku Penghiburmu nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Gerhana (Datuk M Nasir) sekali gus memastikan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Tomok dan Sharul mengumpul markah 64.5 peratus sementara gandingan Naqiu dan Joey Daud (59), Ayie Elham dan Salman Asis (48.3), Shiha Zikir dan Ieda Zikir (46.9), Zahid dan Anne (35.8), Didi Astillah dan Thamiera (31.5).

Dengan kemenangan itu, Tomok dan Sharul memilih tema Irama Malaysia untuk dipersembahkan setiap peserta pada konsert minggu kedua, Ahad depan.

Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus).

FD4 disiarkan secara langsung di TV3 dan boleh distrim secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton.

Sumber – Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Burung Memilih Terbang’ – Luahan Aslam Cetus Tanda Tanya

0
PETALING JAYA – Tiga hari selepas perceraian dengan isteri kedua disahkan mahkamah, pempengaruh media sosial, Aslam berkongsi luahan yang seolah-olah menggambarkan situasi dilaluinya ketika...

CATEGORIES