Saturday, July 25, 2026
HomeHIBURANTanpa Black, Eddie, Konsert Ulang Tahun Ke-40 Wings Tetap Diteruskan

Tanpa Black, Eddie, Konsert Ulang Tahun Ke-40 Wings Tetap Diteruskan

PETALING JAYA – Konsert ulang tahun ke-40 Wings tetap diteruskan mengikut jadual walaupun dua anggotanya, Black dan Eddie mengumumkan pengunduran mereka baru-baru ini.

Penganjur juga Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Rumah Produksi Merah (RPM), Datuk Eddy Amir Salim, berkata, konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi yang bakal diadakan
pada 28 November ini merupakan penghargaan terhadap perjalanan seni band rock ikonik itu sejak 1985.

“Semua persiapan sudah berjalan lancar dan peminat boleh menjangkakan pengalaman konsert yang epik serta penuh nostalgia.

“Ulang tahun ke-40 ini bukan sekadar persembahan, sebaliknya adalah satu penghargaan kepada nama Wings yang menghiburkan peminat selama empat dekad.

“Kami ingin memastikan setiap penonton membawa pulang kenangan indah bersama lagu-lagu ikonik Wings,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurutnya lagi, sambutan terhadap persembahan mega yang akan berlangsung di Idea Live Arena Damansara itu sangat menggalakkan sehingga tiket hampir habis disambar peminat.

“Jualan tiket kini telah mencecah peratus dengan hanya sekitar 10 peratus sahaja yang masih ada,” ujarnya.

Pada masa sama, Eddy turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat maju jaya kepada Black, 59, serta Eddie, 58.

“Kami mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Selain di Kuala Lumpur, Konsert Wings 40: 4 Dekad Terbang Tinggi bakal berlangsung di Singapura pada 24 Disember depan.

Semalam, Black juga pemain drum Wings dan Eddie (gitaris) mengundang kejutan apabila mengumumkan keluar daripada band rock ikonik itu secara tiba-tiba.

Pelbagai teori muncul memandangkan mereka berlima termasuk vokalisnya, Datuk Awie serta Sham (gitaris) dan Edrie Hashim (gitaris) bakal meraikan empat dekad Wings sehingga netizen menyebut situasi ini sebagai ‘Tragedi Oktober’.

Terdahulu, ini bukan kali pertama Black berpisah dengan band rock legenda terbabit kerana dia pernah berbuat demikian selepas pelancaran album Teori Domino pada tahun 1990.

Pemain dram itu kembali semula ke posisi asalnya lima tahun kemudian ketika rakaman album Orang Asing, manakala Eddie bersama Wings sejak menyertai kumpulan tersebut pada tahun 1985.

Perjuangan band rock ikonik itu kini diteruskan tunjang utama yang masih tinggal iaitu Awie serta Sham selaku pemain gitar utama dan Edrie di posisi gitar irama.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES