Sunday, June 14, 2026
HomeHIBURAN‘Takdir Sampai Sini’ – Rumah Tangga Isa Khan, Risteena Bergolak?

‘Takdir Sampai Sini’ – Rumah Tangga Isa Khan, Risteena Bergolak?

PETALING JAYA – Spekulasi keretakan rumah tangga pasangan pelakon, Isa Khan dan Risteena kembali hangat diperkatakan sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Isu mula tular apabila Isa atau nama lengkapnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 32,  seolah-olah memberi bayangan bahawa dia kini sedang melalui fasa kehidupan bersendirian.

“Sudah takdir untuk jalan sendiri, cerita kita hanya sampai di sini,” tulisnya dalam TikTok.

Dalam video tersebut, pelakon drama Cinta Tanpa Henti itu dilihat berjalan sendirian dengan berlatarkan lagu, Sumpah Dan Cinta Matiku nyanyian kumpulan Nidji.

Berdasarkan pemerhatian, tiada lagi gambar mahupun video terkini kakak kepada pelakon sensasi Ruhainies itu menerusi Instagram dan TikToknya.

Kedua-dua mereka juga kini dilihat menyahikut akaun media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, usaha bagi mendapatkan respons bagi pihak Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 36, gagal apabila dia tidak menjawab mesej.

Ini bukan kali pertama perkahwinan mereka didakwa bergolak apabila tahun lalu, khabar angin yang sama pernah timbul selepas mereka saling menyahikut dalam Instagram.

Bagaimanapun Risteena tampil menyelar dakwaan tersebut manakala suaminya memuat naik perkongsian ucapan rindu sekali gus melenyapkan spekulasi terbabit.

Isa dan Risteena mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2021 namun, pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘7 Tahun Tak Kerja, Saya Tak Nak Susahkan Isteri-Isteri’

0
KUALA LUMPUR – Tujuh tahun tidak aktif dalam industri seni dan hiburan dengan segala wang simpanan telah habis digunakan, penghibur versatil Salih Yaacob mengakui...

CATEGORIES