Sunday, May 31, 2026
HomeHIBURAN‘Tak Cukup Rehat Je, Ujian Darah, X-Ray Semua Okey’ - Remy Ishak

‘Tak Cukup Rehat Je, Ujian Darah, X-Ray Semua Okey’ – Remy Ishak

PETALING JAYA – “Alhamdulillah okey, saya sihat walafiat.”

Demikian respons pelakon Datuk Remy Ishak selepas diserang sakit dada seperti terkena renjatan elektrik sehingga perlu mendapatkan rawatan baru-baru ini.

Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh semalam, kesihatan badannya berada dalam keadaan baik dan semua itu berlaku disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya.

“Perkara itu berlaku bila tak cukup rehat saja.

“Tapi semuanya okey termasuk keputusan darah dan sinar-X (X-ray), syukur,” katanya.

Ditanya sama ada doktor meminta perkara lain selain rehat, bintang filem Sangkar itu memberitahu, rutin pemakanannya bukan penyebab kepada berlakunya perkara tersebut.

“Tiada perkara lain yang doktor nasihatkan. Diet pemakanan saya ‘clean’ dan semua teratur, alhamdulillah,” ujarnya.

Semalam, Remy berkongsi pengalaman apabila dadanya seperti terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali.

Insiden tersebut beraku ketika dia melakukan rutin senaman sebelum memilih untuk melakukan pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES