Tuesday, August 18, 2026
HomeBERITASuki, Waris Dianugerahkan Pingat Kebesaran Negeri Sembilan

Suki, Waris Dianugerahkan Pingat Kebesaran Negeri Sembilan

PETALING JAYA – Dua penyanyi, Suki Low dan Waris antara 555 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kerajaan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, semalam.

Suki, 35, berkata, kepercayaan terhadap bakatnya tidak akan dipersia-siakan sekali gus berjanji untuk menjaga amanah dikurniakan dengan baik.

“Patik menjunjung kasih Tuanku, Tunku Ampuan Besar dan kerabat diraja Negeri Sembilan yang memberi kepercayaan, sokongan dan kurniaan kepada patik sempena Hari Keputeraan Ke-77 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Kurniaan ini patik terima dengan amanah dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.

‘Berkatlah Yang di-Pertuan Besar. Daulat Tuanku,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Juara program realiti One In A Million musim pertama itu turut menzahirkan penghargaan terhadap suaminya, Jeremy Chong atas restu terbabit dalam kerjaya seninya.

Seorang lagi anak jati Negeri Sembilan, Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias, 36, pula mendedikasikan anugerah tersebut kepada peminatnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Rembau Most Wanted dan Gadis Jolobu itu ditemani isterinya, Izzati Amirah.

“Untuk rakyat N9. Terima kasih menginspirasi. Terima kasih isteri, tulang rusuk saya.

“Dan seluruh keluarga Diraja Negeri Sembilan khususnya Tuanku Muhriz dan Tunku Zain yang sentiasa menyokong perjalanan muzik saya,” ujarnya dalam hantaran dibuat.

Bagaimanapun, kedua-dua penyanyi terbabit tidak memperincikan butiran pingat kebesaran mahupun gelaran diterima.

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, bagi sesi pertama, manakala sesi kedua pada 20 Januari disusuli sesi ketiga (25 Januari).

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES