Monday, April 20, 2026
HomeHIBURANSissy Imann Selamat Bergelar Isteri Dr. Zamir Dengan Satu Lafaz

Sissy Imann Selamat Bergelar Isteri Dr. Zamir Dengan Satu Lafaz

PETALING JAYA – Berawal sebagai pesakit dan doktor, penyanyi Sissy Imann kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hati, Dr. Zamir Hilman Hamzah dalam sebuah majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya hari ini.

Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 30, dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil Mustaffa tepat pukul 9.00 pagi.

Dia turut menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840 daripada Dr. Zamir, 41, sementara jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Pada majlis tersebut, antara hantaran yang paling mencuri perhatian adalah nombor plat khas SIS5795, gabungan simbolik nama Sissy dan tahun kelahirannya, 1995. Jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat tersebut bagaimanapun masih dirahsiakan.

Turut menjadi tumpuan ialah hantaran percutian bulan madu ke Rome, Italy, sebagai simbol permulaan perjalanan bahagia mereka.

Sebelum itu, majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan.

Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan. Difahamlkan, pasangan tersebut mula berkenalan selepas Sissy menerima rawatan di klinik milik Dr. Zamir sekitar Januari lalu.

Terdahulu, dia mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Dengan Kamu pada 1 Disember 2025.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES