Thursday, May 21, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Tolak Tawaran Syarikat Penerbangan Demi Jadi Hos TV’ - Sarimah Ibrahim

‘Saya Tolak Tawaran Syarikat Penerbangan Demi Jadi Hos TV’ – Sarimah Ibrahim

PETALING JAYA – Demi mengejar impian sebagai pengacara televisyen, pelakon dan hos popular, Che Puan Sarimah Ibrahim sanggup menolak tawaran bekerja dengan sebuah syarikat penerbangan.

Sarimah, 48, berkata namun nalurinya ketika itu kuat menyatakan dia akan mampu mengejar cita-cita andai nekad berusaha mencapai kehendaknya.

“Mungkin kalian tak tahu, pada tahun 1997, saya pernah dapat tawaran untuk menyertai syarikat penerbangan tapi saya tolak sebab mahu jadi hos televisyen.

“Ayah saya pun pernah tegur kenapa saya tak ambil peluang itu sebab dia sendiri bekerja dengan syarikat penerbangan sepanjang hidupnya.

“Sebab naluri saya cakap ‘tunggu, mungkin kamu boleh terbang tinggi jika bekerja di darat. Amboi sangatkan. katanya menerusi hantaran di Threads.

Sarimah berkata demikian ketika berkongsi fotonya menggayakan busana daripada pereka, Rizman Ruzaini yang dirasakan seperti mengenakan persalinan pramugari.

“Memang kedengaran macam berangan sangat masa itu. Tapi bila saya pakai busana cantik ini, saya dapat rasa semula perasaan itu,” ujarnya.

Imbasan memori meraih perhatian ramai yang memuji kejelitaan personaliti popular tersebut kerana tidak dimamah usia walaupun kisah dikongsikan lebih dua dekad berlalu.

“Apa amalan Che Puan Sarimah Ibrahim? Kongsikan sedikit supaya dapat terus kekal awet muda,” tulis netizen.

Sebelum ini kemunculan juri tetap program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2) sentiasa meraih pujian apabila tampak muda walaupun hampir mencecah usia 50 tahun.

Selain berlakon dan menyanyi, nama Sarimah sinonim dengan pelbagai program televisyen serta majlis anugerah sejak akhir 1990-an hingga sekarang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Anak Berbakat, Tentu Saya Sendiri Akan Ambil Dia Berlakon’

0
KUALA LUMPUR – Tiada istilah berat sebelah, pelakon Mimi Lana berpendapat pemilihan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai watak utama dalam teater Puteri Gunung...

CATEGORIES