Wednesday, August 12, 2026
HomeHIBURAN‘Saya Buncit Bukan Sebab Makan Tapi Hamil Anak Nombor Empat’

‘Saya Buncit Bukan Sebab Makan Tapi Hamil Anak Nombor Empat’

PETALING JAYA – “Saya tak buncit tetapi hamil.”

Demikian yang dikongsi pelakon, Nad Zainal apabila ramai pihak menyuarakan pertanyaan mengenai perutnya yang dilihat semakin buncit.

Menurut Nad, 35, perkara tersebut dikongsinya selepas menerima teguran tentang bentuk fizikalnya dan mengakui perutnya buncit bukan disebabkan pemakanan.

“Ada orang tegur perut. Malaslah nak umum, sudah anak nombor empat.

“Tapi cuma nak beritahu, saya buncit bukan fasal makanan,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih respons netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah selain mendoakan fasa kehamilannya dipermudahkan.

Terdahulu, Nad dan suami yang juga pelakon, Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki, Indera Puteh kini berusia tiga tahun.

Nad sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 tetapi disahkan bercerai pada tahun 2022.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

’30 Minit Lambat Tak Mengapa, Tapi Kalau Satu Dua Jam?’ –...

0
PETALING JAYA – Penerbit Datuk A. Aida tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan terus menyekat mana-mana selebriti yang mempunyai masalah disiplin untuk bekerja di...

CATEGORIES