Wednesday, April 29, 2026
HomeHIBURAN‘Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia’

‘Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia’

PETALING JAYA – Terpilih mengadakan persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan ke-68 yang berlangsung di Putrajaya hari ini, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan perkara tersebut sebagai momen terindah dalam hidupnya.

Siti, 46, yang menyampaikan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 berjudul Malaysia Madani Rakyat Disantuni menitipkan ucapan penghargaan atas peluang yang diberikan.

“Satu penghormatan dan kenangan indah buat saya untuk menyampaikan lagu tema Hari Kebangsaan yang ke-68.

“Terima kasih Malaysia,” katanya ringkas dalam Instagram hari ini.

Pada acara tersebut, Siti yang mendendangkan lagu ciptaan komposer muda, Affan Mazlan anggun dalam persalinan songket berona coklat gelap

Persembahannya turut diiringi dengan penari yang menggayakan busana pelbagai kaum dan berbilang bangsa di Malaysia.

Menyorot ruangan komen, rata-rata peminat suara emas menyifatkan hanya Siti Nurhaliza sahaja yang mampu menyatukan menyatukan semua bangsa menerusi lagu.

“TokTi saja mampu satukan semua, sebak dengar alunan lontaran suara emas beliau, walaupun macam-macam yang yang berlaku yang berlaku, moga Allah merahmati semuanya di bumi bertuah Malaysia, ” kata netizen.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 yang berlangsung awal pagi tadi bermula secara rasmi dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Artis Baharu, Jangan Hilang Jati Diri Sebab Rasa Diri Gah’

0
PETALING JAYA – Dua dekad bergelar anak seni, pelakon Iqram Dinzly menitipkan pesanan buat pelakon baharu usah terleka dan terlalu bermegah dengan populariti dimiliki...

CATEGORIES