Monday, March 16, 2026
HomeHIBURANRumah Selebriti Disita, IG Datuk Vida Diserang Netizen

Rumah Selebriti Disita, IG Datuk Vida Diserang Netizen

PETALING JAYA – Selepas aset mewah disita, Instagram usahawan selebriti Datuk Seri Vida diserang netizen bertubi-tubi.

Semuanya berlaku selepas Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, dilaporkan tidak menyelesaikan hutang kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan sebanyak RM1,060,285.Rata-rata tidak percaya dengan berita tersebut selain terkejut usahawan yang selama ini sering menayang kemewahan mempunyai hutang berjumlah jutaan ringgit.

“Rumah Datuk kena serbu katanya tidak bayar hutang RM1 juta betulkah?,” soal netizen

“Ingatkan orang kaya tak ada hutang, rupa-rupanya lagi banyak berhutang,” herdik pengikut.

”Semalam anak baru tayang terima duit berpuluh ribu, hari ini keluar berita tak bayar hutang,” ujar netizen.

Bagaimanapun, ada juga yang masih bersangka baik terhadap Vida dan beranggapan wanita itu ada sebab kukuh bertindak tidak melunaskan hutang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konflik Di Asia Barat Semakin Tegang, Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

0
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan ketegangan yang meningkat di...

CATEGORIES