Tuesday, November 18, 2025
HomeHIBURANRugi RM70,000, Tiket Coldplay Tak 'Valid'

Rugi RM70,000, Tiket Coldplay Tak ‘Valid’

PETALING JAYA – Sekumpulan peminat kumpulan rock dari Britain, Coldplay di Malaysia akhirnya berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM70,000 disebabkan tiket yang dibeli dari seorang individu tidak dapat digunakan untuk memasuki ruang konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Melalui tinjauan Kosmo, kesemua mereka berkongsi pengalaman pahit itu menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok, Abg.Supra.

Katanya, mereka juga telah beratur di luar stadium sejak pagi lagi, namun setibanya giliran untuk semakan tiket, pihak urusetia mendapati tiket tersebut tidak sah.

“Kami semua kena scam, jadi tiket tak valid. Tak pasal-pasal kena duduk dengar dekat luar sahaja. Boleh lah buat rasa-rasa.

“Semua dah sampai tapi tiket tak ‘valid’, satu langkah sahaja lagi nak masuk.

“Kami semua datang secara kumpulan, ada yang beli tiket VIP harga lebih RM3,000, ada yang RM758, RM598. Anggaran keseluruhan semua hampir RM60,000 hingga RM70,000,” katanya.

Bagaimanapun, sebagai peminat setia Coldplay, mereka memaklumkan akan ke Singapura bagi mengikuti konsert kumpulan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama enam hari pada Januari tahun depan.

“Tak apa lah, kita jumpa pula konsert Coldplay di Singapura nanti,” jelasnya.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki mendakwa telah ditipu sebanyak RM1,200 berhubung pembelian tiket konsert Coldplay yang dibeli daripada seorang individu pada 27 Julai lalu.

Pemuda tersebut memuat naik hantaran pada aplikasi X menggunakan nama SyedAmiruuul mendakwa, dia membeli tiket konsert Coldplay itu apabila individu tersebut tidak dapat menghadirinya kerana peperiksaan akhir.

Terdahulu, lebih 85,000 penonton membanjir Stadium Nasional Bukit Jalil meraikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur malam tadi.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Tiga Akta Dipinda Tahun Depan Untuk Pelaksanaan Tol Aliran Pantas

0
KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga akta berkaitan akan dipinda tahun depan bagi membolehkan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast...

CATEGORIES