Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURAN‘Rasa Nak Lelong Rumah, Jual Kereta, Balik Kampung’ - Khai Bhar

‘Rasa Nak Lelong Rumah, Jual Kereta, Balik Kampung’ – Khai Bhar

PETALING JAYA – Pemergian ibu bapa memberi tamparan hebat buat penyanyi Khai Bahar sehingga pernah terdetik meninggalkan kerjaya nyanyian demi berada dekat dengan pusara orang tua di kampung.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 31, berkata, kemuncak gelora yang melanda perasaan kehilangan insan tersayang itu adalah apabila dia merancang menjual rumah di Kuala Lumpur selepas bapanya meninggal dunia pada September lalu.

“Waktu itu saya kosong. Susah nak gambarkan situasi tersebut sampai saya cakap pada pengurus selepas ini saya tak nak dah (menyanyi), kita selesaikan dulu kerja yang ada, (kemudian) saya nak balik kampung.

“Ya, saya pernah sampai tahap itu. Kat kampung nanti tak kisahlah buat apa, mungkin buka kafe, ada lah buat sesuatu. Rasa nak lelong jual rumah, jual kereta. Semua itu saya tak mahu. Saya nak jadi macam orang biasa.

“Hilang emak awal tahun lalu, 2025 pula bapa ‘pergi’ membuatkan saya sedih berganda. Bukan tak reda tapi macam saya cakap perasaan begitu datang tiba-tiba,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman duta jenama makanan Coco Cado, semalam.

Menurut anak jati Perlis itu, fasa selepas pemergian bapanya, Baharuddin Backri, 66, pada 19 September lalu juga merupakan tempoh yang sangat sukar.

“Saya memang memerap di rumah sahaja. Kalau keluar pun apabila perlu terutama untuk selesaikan persembahan yang sudah dipersetujui awal. Sudah tak ambil ‘job’ lain. Laman sosial pun saya jauhi.

“Tapi kesedaran datang sendiri. Saya terfikir kalau berterusan begini macam mana dengan orang sekeliling. Ini tak adil buat mereka. Kalau fikir kau sahaja ada masalah, orang pun ada masalah.

“Jadi saya bangkit semula. Sekarang saya makin kuar, makin bersemangat berkat sokongan dan doa ramai. Jika rasa kosong, kembalilah kepada-Nya,” ujarnya.

Terdahulu, bapa Khai menghembuskan nafas akibat komplikasi pelbagai penyakit pada 19 September lalu, manakala ibunya Allahyarhamah Rosnah Muhammad meninggal dunia ketika dalam tidur juga disebabkan komplikasi penyakit pada 2 Januari 2024.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Biar Orang Nak Kata Apa’ – Fatiya Latiff Tolak ‘Buat’ Semula...

0
PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff enggan tunduk dengan desakan segelintir netizen yang menyarankannya menjalani rawatan kecantikan di Korea Selatan, sebaliknya menegaskan bersyukur dengan...

CATEGORIES