Thursday, September 24, 2026
HomeHIBURANPusat Terlihat Dalam Babak, Aniq Suhair Akui Terlepas Pandang

Pusat Terlihat Dalam Babak, Aniq Suhair Akui Terlepas Pandang

KUALA LUMPUR – Pelakon Bisikan Nafsu, Aniq Suhair mengakui terlepas pandang sehingga bahagian pusatnya tidak sengaja kelihatan dalam salah satu babak filem terbaharunya itu.

Aniq, 26, bagaimanapun tetap berpegang pada prinsip menjaga aurat seperti yang pernah dinyatakan, kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya terlepas pandang ketika itu. Sebenarnya, saya sedang menjaga perkara itu (aurat).

“Kalau boleh, saya tak mahu dedahkan aurat. Dalam filem itu, hanya ternampak sedikit. Seluar sebenarnya sudah saya tarik sampai ke pusat, tetapi disebabkan longgar, ia sedikit terjatuh.

“Saya memang sedang menjaga aurat. Malah, gambar-gambar di media sosial pun sudah saya hapuskan,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Bisikan Nafsu di sini, malam tadi.

Aniq berkata, dia hanya dimaklumkan pada saat akhir bahawa perlu membuka baju bagi menjayakan babak di tepi pantai.

Bagaimanapun, Aniq yang membawa watak Arisz dalam filem arahan Riza Baharudin itu memberitahu, dia tidak mempunyai masalah menjayakan babak membuka baju untuk naskhah akan datang, selagi keperluan babak berkenaan jelas dan auratnya terjaga.

“Aksi buka baju di set kadang-kadang tidak ditulis dalam skrip. Biasanya, apabila berada di set, barulah pengarah minta kami buka baju.

“Bagi saya, selagi cerita itu menarik, saya akan ambil. Tetapi apabila pengarah atau sesiapa meminta saya buka baju, saya akan tanya dulu tujuannya.

“Kenapa dan apa keperluan saya berbuat demikian? Kalau mereka boleh berikan jawapan yang masuk akal, barulah saya akan lakukannya. Tetapi janji aurat terjaga,” katanya.

Berkongsi pengalaman digandingkan dengan Azeva, Aniq berkata, dia tidak mempunyai masalah mencari keserasian dengan pelakon wanita yang juga produser filem berkenaan.

“Kami sudah lama kenal, malah, saya rapat dengan keluarganya. Tetapi, kami tetap bersikap profesional.

“Dalam lakonan, kami banyak merujuk pengarah dan penulis skrip, Datuk A Aida, untuk menjayakan setiap babak. Selagi belum menjadi, selagi itu kami perlu lakukan penggambaran,” katanya.

Bisikan Nafsu akan ditayangkan di lebih 70 pawagam di seluruh negara, mulai 1 Oktober ini.

Filem Bisikan Nafsu mengisahkan Nadia yang kehidupannya berubah selepas menjadi mangsa perbuatan keji bapa tirinya, UR, seorang lelaki yang dikenali dengan imej ustaz romantik, lakonan Zul Huzaimy.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Tak Suka Saya Takpa, Banyak Lagi Ikan Di Laut’

0
KUALA LUMPUR – Meski dikatakan sudah lali dengan kecaman, penyanyi Nabila Razali mengakui kurang senang menerima komen netizen yang menyentuh sensitiviti keluarganya. Menurut Nabila, 34,...

CATEGORIES