Tuesday, August 18, 2026
HomeHIBURANPestapora: Festival Muzik Indie Terbesar Indonesia Kini Bakal Gegar Malaysia!

Pestapora: Festival Muzik Indie Terbesar Indonesia Kini Bakal Gegar Malaysia!

Pestapora merupakan festival muzik pop dan indie terbesar di Indonesia yang telah menjadi fenomena sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2022. Dianjurkan oleh Boss Creator, festival ini menampilkan pelbagai genre muzik seperti pop, rock, hip-hop, dan indie, dengan barisan artis terkenal seperti Tiara Andini, Tulus, Lyodra, dan Raisa. Edisi 2024 yang berlangsung dari 20 hingga 22 September di Jakarta menarik puluhan ribu peminat dan menampilkan lebih 280 artis.

Tahun 2025 menandakan langkah baharu bagi Pestapora dengan penganjuran antarabangsa pertamanya melalui acara Latihan Pestapora Malaysia. Acara ini akan berlangsung pada 26 Julai 2025 di Surf Beach, Sunway Lagoon, hasil kerjasama antara Boss Creator dan Hitman Solutions. Ia bertujuan untuk membawa pengalaman Pestapora ke Malaysia, menampilkan gabungan artis terkenal dari Indonesia dan bakat tempatan. 


Lebih menarik lagi, pemilihan lokasi seperti Surf Beach memberikan dimensi baru kepada pengalaman festival ini. Peminat bukan sahaja boleh berhibur di hadapan pentas, tetapi juga menikmati suasana pantai buatan dengan air dan pasir , sesuatu yang jarang ditawarkan dalam mana-mana festival muzik di Malaysia. Gabungan suasana santai dan persembahan bertenaga menjadikan acara ini sesuatu yang wajib hadir buat semua penggemar muzik.

Latihan Pestapora Malaysia bukan sekadar acara pemanasan, tetapi juga simbolik kepada pengukuhan hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia. Ia memberikan peluang kepada peminat muzik tempatan untuk merasai keunikan festival ini tanpa perlu ke luar negara.

Dengan semangat “Jiwa Pesta, Gaya Kita”, Pestapora terus berkembang sebagai platform yang bukan hanya meraikan  kepelbagaian muzik dan budaya Nusantara, menyatukan komuniti dan membuka ruang kepada kreativiti tanpa batas.

Bagi yang berminat, maklumat lanjut serta pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman rasmi latihanpestaporamalaysia.com. Tiket dijangka laris kerana ini adalah kali pertama Pestapora hadir ke Malaysia dan pastinya ramai yang tak mahu lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mahu Tahu Lagu Boleh ‘Hit’ Atau Tidak, Bagi Orang Luar Dengar...

0
SHAH ALAM: Maestro muzik, Datuk Ramli MS berkongsi petua untuk mengetahui sama ada sesebuah lagu mempunyai kualiti untuk menjadi ‘hit’ atau sebaliknya, adalah dengan...

CATEGORIES