Thursday, March 12, 2026
HomeHIBURANPelakon K-drama, Song Jae-rim Meninggal Dunia

Pelakon K-drama, Song Jae-rim Meninggal Dunia

BINTANG drama popular The Moon Embracing The Sun, Song Jae-rim dilaporkan meninggal dunia pada hari ini.

Menurut laporan media Korea Selatan, Jae-rim, 39, ditemui tidak bernafas sekitar tengah hari tadi.

Meskipun punca kematiannya belum disahkan, seorang wakil polis memaklumkan bahawa tiada sebarang jenayah yang berlaku.

Dalam masa sama, pihak polis juga menjumpai sekeping surat di sebelah mayat yang menunjukkan kemungkinan nota bunuh diri.

Difahamkan, majlis pengebumian anak kelahiran Korea Selatan itu akan diadakan di rumah pengebumian Yeouido Holy Dare di mana keluarganya akan bertanggungjawab atas urusan terbabit.

Sebelum bergerak aktif dalam bidang lakonan, Jae-rim merupakan seorang model fesyen dan debut dalam filem Actresses pada tahun 2009.

Kemudian, aktor itu lebih aktif dalam drama dan filem seperti Inspiring Generation, Two Weeks, Goodbye Mr. Black, Surfing House, I Wanna Your Song, Queen Woo, The Suspectdan Decoy.

Dia juga terkenal dengan penampilannya dalam We Got Married bersama pelakon Kim So-eun pada 2014.

Naskhah terakhirnya yang menemui penonton adalah drama My Military Valentinedisiarkan pada platform Over-The-Top (OTT) pada Jun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

YKAT Bantu Sathiya Dapat Kaki Palsu, Pencen Bulanan RM500

0
PETALING JAYA – Prihatin dengan nasib pelawak Sathiya, Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempertimbangkan untuk menyenaraikan artis veteran itu sebagai antara penerima bantuan pencen...

CATEGORIES