Thursday, April 30, 2026
HomeHIBURANPelakon Berang Bekas Isteri 6 Bulan Hamil Dicurangi

Pelakon Berang Bekas Isteri 6 Bulan Hamil Dicurangi

TUMPANG geram, pelakon Brian Austin kesal dengan tindakan suami Megan Fox, Machine Gun Kelly (MGK) yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika si isteri sedang hamil enam bulan.

Austin yang juga bekas suami Fox menyifatkan MGK seorang tidak berperikemanusiaan.

“Ini sangat melampau. Selama ini, Fox tidak pernah menceritakan apa-apa. Saya berasa sangat sedih kerana Fox sangat mengharapkan kehadiran cahaya mata untuk memberikan perubahan baharu buatnya.

“MGK sudah berusia 30-an dan seharusnya berfikiran matang lebih-lebih lagi apabila bakal bergelar ayah. Saya tidak percaya sepanjang bersama Fox, sudah berapa kali dia berlaku curang,” katanya.

Biarpun sudah berpisah, namun Austin tetap menjalin hubungan baik dengan Fox demi anak mereka iaitu Noah, 12, Bodhi, 10, dan Journey berusia lapan tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES