Thursday, July 2, 2026
HomeHIBURAN‘Orang Ketiga Bukan Punca, berpisah Akibat Masalah Komunikasi’

‘Orang Ketiga Bukan Punca, berpisah Akibat Masalah Komunikasi’

PUCHONG – Bukan lagi teka-teki, penyanyi Sufian Suhaimi mengesahkan menjalin kembali hubungan dengan bekas kekasihnya, Rania Al Sadat selepas hampir setahun memilih haluan masing-masing.

Sufian, 33, berkata, perpisahan mereka bukan berpunca dengan kehadiran orang ketiga sebaliknya hanya disebabkan masalah komunikasi.

Ya, kami sudah kembali bersama. Status kami sekarang adalah Rania kini merupakan kekasih saya.

“Tak berani cakap bila berbaik tapi saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan buat kami berdua.

“Insya-Allah kalau jodoh sudah sampai kami akan berkahwin, cuma bukan dalam tempoh terdekat,” katanya selepas pelancaran lagu barunya berjudul Dengan Lafaznya di Rusa Cafe, di sini, hari ini.

Begitupun, Sufian memaklumkan memilih untuk terus melangsungkan pernikahan andai jodoh mereka sampai.

Malah dia dan Rania sepakat ingin menghalalkan hubungan yang dibina apatah lagi mendapat restu kedua-dua keluarga.

“Mungkin selepas ini kami akan terus berkahwin, tetapi tanpa acara merisik mahupun majlis tunang.

Cuma nak cakap bila tarikhnya kami pun belum tahu lagi sama ada tahun ini atau selepas 2025 tapi insya-Allah, doakan.

“Memang ada perancangan ke arah itu sebab sudah tiada perkara lain lagi nak ditunggu,” ulasnya.

Menyentuh kembali punca perpisahan, katanya kini dia semakin menyedari hubungan yang kembali terjalin perlu disemarakkan dengan komunikasi.

“Macam saya sebutkan memang tiada orang ketiga yang menjadi punca kami berpisah. Komunikasi bagi sesebuah hubungan.

Selepas ini kami akan sentiasa berkomunikasi daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar hal,” ujarnya.

Terdahulu, Sufian mengesahkan hubungan cintanya dengan Rania berakhir apabila cincin risik dipulangkan pada April tahun lalu.

Selepas itu tersebar khabar angin mendakwa cinta mereka kembali mekar selepas dilihat meluangkan masa bersama di beberapa lokasi tetapi penyanyi terbabit mengunci mulut.

Dalam perkembangan lain, Sufian kini berkolaborasi dengan penyanyi Sarah Suhairi menyanyikan lagu berjudul Dengan Lafaznya.

Sumber– KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Gerak Khas 2.0 Beri Nafas Baharu Buat Francais Drama Polis Ikonik...

0
KUALA LUMPUR, 30 JUN 2026 – Selepas lebih dua dekad mencipta sejarah dalam landskap drama tempatan dan lima tahun meninggalkan kerinduan dalam kalangan peminat,...

CATEGORIES