Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURANNabila Razali Kesal Lif Penuh Pasangan Bermanja, Anak Muda Sihat

Nabila Razali Kesal Lif Penuh Pasangan Bermanja, Anak Muda Sihat

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pengguna lif di pusat beli-belah yang sepertinya tidak bertimbang rasa terutama apabila berdepan situasi bersama anak kecil.

Menurut Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, pengalaman membawa anak tunggalnya keluar membuka matanya terhadap cabaran yang dihadapi ibu bapa lain.

“Saya jarang sekali bawa Muhammad keluar ke pusat beli-belah, baru-baru ini saja kerap. Sekarang baru saya faham bila ibu bapa yang bawa anak kecil dengan kereta sorong bayi marah sebab lif penuh. Lagi pula penuh dengan pasangan nak bermanja-manja dalam lif atau anak muda yang sihat tubuh badannya,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Malah, pelantun lagu Peluang Kedua itu turut menegur sikap sesetengah pengunjung yang tidak memberi ruang kepada pengguna lif untuk keluar terlebih dahulu.

“Kalau kalian nak masuk lif, bagilah yang kat dalam lif itu keluar dulu.

“Kalau dah semua masuk, yang dalam tak boleh keluar dan sempitlah. Ye tak?” katanya lagi.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES