Tuesday, September 22, 2026
HomeHIBURANMinyak Tumpah Di Lebuh Raya Bukit Jalil

Minyak Tumpah Di Lebuh Raya Bukit Jalil

PETALING JAYA – Satu tumpahan minyak berskala besar dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Bukit Jalil hari ini.

Pusat Kawalan Pintar Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, kejadian itu dikesan kira-kira pukul 12.56 tengah hari tadi.

Menurut kenyataan tersebut, tumpahan minyak itu melibatkan laluan dari lampu isyarat Bulatan Lumba Kuda sehingga ke bulatan menghala ke arah Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya).

“Bomba (berada) di lokasi. Pasukan unit kecemasan DBKL di lokasi,” katanya.

KLCCC DBKL menambah, penaburan habuk kayu sepanjang laluan terlibat telah selesai dilakukan oleh pasukan terlibat sekitar sejam kemudian.

Sumber – KOSMO! ONLIN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kawalan Masuk Wisma Negeri Diperketat, Petugas Media Perlu Ada Surat Kebenaran

0
SEREMBAN - Pengamal media tidak dibenarkan memasuki Wisma Negeri hari ini susulan pengumuman Istana Negeri Sembila bahawa Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku MUnawir...

CATEGORIES