KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2026 – Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan pelbagai pencapaian membanggakan serta pengumuman eksklusif melibatkan barisan artis di bawah naungan mereka.

Kempen Raya tahun ini menyaksikan kejayaan luar jangkaan apabila tujuh lagu Raya terbitan Rocketfuel berjaya mencatatkan lebih 13 juta penstriman digital secara keseluruhan, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai antara peneraju kandungan hiburan tempatan yang relevan dan dekat dengan citarasa semasa.
Antara lagu-lagu tersebut termasuk “Rindu Raya” (ALPHA), “Kampung Kita” (Wani Kayrie), “Raya Macam Raya” (Hael Husaini x ALPHA), “Duit Raya” (Sharul Kamal & Mierul Aiman), “Senyum Gugur Di Penghujung Doa” (Dayang Nurfaizah), “Restu Raya” (Nadeera), serta “Lagu Raya Untukmu” (Hael Husaini).

Barisan Pelancaran Muzik Baharu
Meneruskan momentum ini, Rocketfuel Entertainment tampil dengan pelbagai pelancaran muzik baharu sepanjang tahun.
Bintang meningkat naik, Qal G tampil dengan single terbaharu “Seharusnya Aku”, iaitu kesinambungan kepada debut single pertamanya iaitu “Sepi”. Qal G sebelum ini merupakan finalis program Big Stage Alpha, yang menjadi platform penting dalam mengetengahkan bakatnya.
Seorang lagi peserta program yang sama, Awienit, turut melakar langkah pertama dalam industri apabila bakal melancarkan single sulungnya di bawah Rocketfuel Entertainment tidak lama lagi.
Di peringkat antarabangsa, duo vokal lelaki dari Korea Selatan, HoonDoo telah melancarkan lagu baharu berjudul “Jejak Yang Tertinggal“ sebagai runut bunyi (OST) untuk drama bersiri“Dendam Seorang Mentua”, yang dilancarkan pada 15 April 2026.
Dalam perkembangan lain, penyanyi popular Wani Kayrie kini sedang giat membuat persiapan menuju ke pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-40 (SFMM40) menerusi lagu viralnya “Cak Cak Cekuk”, yang telah meraih lebih 12 juta tontonan di YouTube dan 2.9 juta penstriman di Spotify.
Menurut Wani Kayrie, “SFMM40 adalah pentas yang sangat besar dan bermakna buat saya. Saya sedang membuat persiapan rapi dari segi vokal, persembahan dan emosi untuk memberikan yang terbaik. Sokongan terhadap ‘Cak Cak Cekuk’ benar-benar memberi saya semangat untuk tampil lebih yakin.”
Sementara itu, vokalis berkarisma Nadeera bakal melancarkan single terbaharunya “Cuba Jadi Aku” pada bulan Jun 2026, manakala Hael Husaini pula bakal berkolaborasi dengan seseorang dalam tahun ini.

Perkembangan Bakat Di Layar Perak & Platform Digital
Selain muzik, Rocketfuel Entertainment turut memperkukuhkan kehadiran dalam dunia lakonan dan kandungan digital.
Pelakon dan penyanyi Mierul Aiman bakal muncul dalam filem“Tarung” bersama Zul Ariffin, manakala pelakon dan penyampai radio, Fazziq Muqris akan membintangi filem“Kata Hati”.
Finalis Dewi Remaja 2023, Qistina Rania pula bakal tampil dalam filem “Darah Gagap”, sementara Bella Dowanna akan muncul dalam siri “Ate Kome” di platform Viu.
Dalam perkembangan lain, Evertts Gomes dan Hawa Rizwana akan bergandingan dalam siri romantik “PL I Love You”.
Pelakon baharu berdarah kacukan Melayu-Inggeris, Arabella Ellen pula bakal membintangi drama “Wishlist” arahan Michael Ang yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Selain itu, Arabella bersama beberapa pelakon di bawah nangungan Rocketfuel Entertainment turut aktif membintangi beberapa drama mico series di platform Sooka.
Rocketfuel turut memperkenalkan atlet bola sepak wanita negara, Qaseh Rania sebagai wajah baharu di bawah naungan mereka, mencerminkan komitmen syarikat dalam mengetengahkan bakat daripada pelbagai latar belakang.
Sokongan Jenama Besar
Kejayaan kempen dan kandungan Rocketfuel turut menarik perhatian pelbagai jenama besar seperti jenama minuman Vida, KFC, Shell, Bath & Bodyworks, Lepas Malaysia dan U Mobile, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik pada masa akan datang.
Sementara itu, drama “Dendam Seorang Mentua“ yang menampilkan lagu Jejak Yang Tertinggal nyanyian Hoondoo bakal menemui penonton bermula 4 Mei 2026, Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di Astro Prima.
Runut Bunyi Rasmi
“Dendam Seorang Mentua“ mengisahkan tentang gadis bernama Sofia yang bersetuju untuk berkahwin dengan Muzaffar, iaitu bapak kepada Hariz – bekas kekasihnya yang kini merupakan suami Harlina semata-mata kerana mahu membalas dendam. Dendam Seorang Mentua menampilkan barisan pelakon seperti Dato’ Aaron Aziz, Datuk Yusry A. Halim dan Tracie Sinidol.
Kenyataan Pihak Pengurusan
Menurut Naib Presiden Rocketfuel Entertainment, Prem Rajahram Anand:

“‘Macam Macam Raya’ mencerminkan kekuatan jenama Rocketfuel dalam menghasilkan kandungan yang dekat dengan rakyat. Kami berbangga melihat penerimaan luar biasa terhadap karya artis kami.”
Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee berkata:
“Tahun ini adalah antara yang paling signifikan buat kami. Kami bukan sahaja melancarkan pelbagai karya baharu, tetapijuga memperluaskan portfolio artis merentasi pelbagai platform.”
Ketua A&R Rocketfuel Entertainment, Pasha Ahmad menambah:
“Kami sentiasa memberi fokus kepada pembangunan artis dan kualiti karya. Setiap pelancaran dirancang dengan teliti untuk memastikan ia mampu memberi impak yang berpanjangan.”





