Tuesday, May 5, 2026
HomeHIBURANLerai Sengketa, Izreen Azminda, Bekas Madu Berdamai

Lerai Sengketa, Izreen Azminda, Bekas Madu Berdamai

PETALING JAYA: Pelakon, Izreen Azminda meluahkan rasa bersyukur apabila pertikaian dengan bekas madu iaitu Intan Liana Salleh, berakhir dengan kata sepakat yang baik.

Izreen atau nama sebenar, Izreen Azminda Aznam, 41, juga lega apabila dia dan Intan berjaya menyelesaikan konflik yang sudah lama berlarutan dan berdamai untuk anak-anak.

“Syukur Alhamdulillah, Ya Allah , akhirnya pertikaian antara kami dapat diselesaikan secara baik. Terima kasih Intan.

“Harapan saya agar selepas ini, hubungan yang terjalin dapat lebih terpelihara demi kebahagiaan kita bersama, terutamanya untuk anak-anak,” katanya melalui hantaran Instagram (IG).

Dalam hantaran itu, pelakon tersebut turut memuat naik foto dirinya berpelukan dengan Intan, ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi prosiding kes saman fitnah yang difailkan pada 2023.

Izreen bagaimanapun sempat memohon maaf atas semua tindakan sebelum ini yang mungkin mengguris hati mana-mana pihak.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika sebarang tindakan atau perbuatan saya sebelum ini yang mengguris hati Intan dan mana-mana pihak

“Segala perkongsian atau penulisan saya selepas ini adalah bersifat peribadi dan tidak merujuk kepada mana-mana pihak,” katanya.

Pun begitu, Izreen turut berharap agar hubungan yang kembali pulih itu sentiasa dilindungi dan dipelihara dengan baik.

“Semoga Allah sentiasa menjaga dan memelihara hubungan kita ke arah yang lebih baik, Insya-Allah semoga ikatan yang terjalin semula ini sentiasa dalam pelukan Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, konflik antara Izreen dan Intan terus menjadi sorotan selepas mereka saling berbalas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Pada 2023, Izreen memfailkan saman fitnah terhadap Intan atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.

Sekadar info, Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018 sempat bermadu dengan Izreen sebelum berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya, 27, pada 2021.

Izreen mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Radzi Abdi Wahid atau dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kalau Orang Jahat, Saya Akan Buat Lebih Kepada Mereka’ – Amir...

0
KUALA LUMPUR – Selepas membuat pendedahan berdepan gangguan saka, pelakon Amir Ahnaf tidak memaksa mana-mana pihak untuk mempercayai perkongsiannya sebelum ini. Sebaliknya, Amir atau nama...

CATEGORIES