Monday, November 23, 2026
HomeHIBURANLebih 29 Hektar Belukar Terbakar Di Jalan Bypass Punggai

Lebih 29 Hektar Belukar Terbakar Di Jalan Bypass Punggai

KOTA TINGGI – Lebih 29.44 hektar kawasan belukar di Jalan Bypass Punggai di sini dilaporkan terbakar dalam kejadian sejak Isnin lalu, dengan operasi pemadaman oleh pihak bomba masih giat dijalankan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Sabri Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 4.08 petang sebelum anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dikerahkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai bersama Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari BBP Sebana Cove segera digerakkan bagi memulakan operasi pemadaman.

“Setibanya PKO di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan lalang dan kawasan gambut dengan keluasan awal dianggarkan 8.09 hektar.

“Namun operasi pemadaman sukar dijalankan kerana tiada jalan masuk ke lokasi kebakaran selain ketiadaan sumber air berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabri berkata, pada 6 pagi kelmarin, operasi pemadaman terpaksa dihentikan sementara berikutan faktor keselamatan termasuk laluan terhad, ketiadaan sumber air serta keadaan gelap yang menyukarkan penglihatan anggota pada waktu malam.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ujian Mendengar, Bertulis BM Dan BI SPM Pada Hari Sama Tahun...

0
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pendekatan baharu dengan mengadakan ujian mendengar dan peperiksaan bertulis bagi kertas Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris pada hari...

CATEGORIES