Thursday, November 5, 2026
HomeHIBURANKylie Jenner Hilang 1 Juta Pengikut Di Instagram Kerana Menyokong Israel

Kylie Jenner Hilang 1 Juta Pengikut Di Instagram Kerana Menyokong Israel

SELEBRITI media sosial yang juga usahawan terkenal Kylie Jenner kehilangan sehingga lebih sejuta pengikut dalam Instagram gara-gara menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera Israel.

Menurut laporan Unilad, Jenner, 26, yang memiliki sejumlah lebih 400 juta pengikut Instagram telah mengalami penurunan pengikut menjadi 399 juta.

Semuanya terjadi selepas pemilik rangkaian jenama kosmetik, Kylie Cosmetic itu memuat naik hantaran menyuarakan sokongan terhadap Israel apabila mengutuk serangan 5,000 roket oleh kumpulan Hamas pada 8 Oktober lalu, lapor Kosmo.

“Untuk hari ini dan selamanya, saya akan berdiri bersama Israel,” ujar Kylie.

Menyedari telah tersilap langkah, adik kepada Kim Kardashian itu  memadam hantaran tersebut sejam kemudian.

Namun, tindakannya sudah terlambat apabila Instagram miliknya terus diserang netizen dan dibanjiri dengan komen ‘Free Palestine’ (Bebaskan Palestin).

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

30 Penjaja Raih Jualan RM207,000 Tanpa Sewa Tapak Di MotoGP

0
SEPANG, 3 Nov – Peluang berniaga di acara sukan bertaraf antarabangsa tanpa perlu menanggung kos sewa tapak membuahkan hasil apabila 30 penjaja tempatan berjaya...

CATEGORIES