Monday, October 12, 2026
HomeHIBURANKonsert Siti Nurhaliza, Judika Dikejutkan Dengan Insiden Kebakaran

Konsert Siti Nurhaliza, Judika Dikejutkan Dengan Insiden Kebakaran

KUALA LUMPUR – Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anggota bomba yang bertugas di konsert berkenaan pada jam 11.29 malam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Ramli berkata, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah yang bertugas itu kemudiannya menjalankan kerja-kerja menangani insiden kecemasan itu.

“Anggota bomba yang bertugas awalnya mendapati berlaku kebakaran kecil yang melibatkan kotak bunga api yang diletakkan di atas perancah di belakang skrin latar belakang pentas.

“Anggota bomba kemudiannya menjalankan tugas pemadaman menggunakan alat pemadam api sehingga padam,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.”Kebakaran itu ditangani dengan pantas oleh anggota bomba bertugas,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Penonton Bukan Punca Filem Gagal, Kualiti Dan Pemasaran Perlu Dinilai Semula

0
SHAH ALAM - Industri perfileman tempatan perlu berhenti menyalahkan penonton apabila sesebuah karya gagal mendapat sambutan, sebaliknya berani menilai semula kualiti, pemasaran dan nilai...

CATEGORIES