Thursday, October 1, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Meninggal Dunia Awal, Saya Nak Lofa Kahwin Lain’ - PU Riz

‘Kalau Meninggal Dunia Awal, Saya Nak Lofa Kahwin Lain’ – PU Riz

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, PU Riz menyatakan kesediaannya memberi restu kepada isterinya yang juga selebriti Neelofa berkahwin semula sekiranya dia meninggal dunia terlebih dahulu.

Kata Riz atau nama lengkapnya Haris Ismail, 31, urusan dunia seperti jodoh tidak lagi menjadi keutamaan apabila seseorang berada di alam barzakh.

“Kalau saya meninggal lebih awal, saya nak Lofa (Neelofa) kahwin sebab apa? Pertama sekali, kita ada kehidupan yang perlu dijawab di akhirat kelak sampai kita langsung takkan fikir fasal hal dunia.

“Jadi daripada kita duduk fikir sekarang ini pasangan nak kahwin lagi ke tidak. Teruskan (kahwin), bina ibadah, yang penting awak doakan saya selamat di akhirat.

“Soal dia nak nikah yang lain, kita doakan dia teruskan ibadah. Dengan didikan kita, kita suruh pasangan berkahwin demi ibadah dan menjaga diri, pahala akan mengalir untuk si mati,” katanya dalam sebuah video.

Mengambil inspirasi kisah Saidatina Ummu Salamah yang dikahwini Rasulullah, Riz berharap isterinya mencari pengganti yang mampu membimbing keluarga dengan lebih baik.

“Saya sendiri cakap kalau esok-esok saya dah tiada, awak kahwinlah dengan yang lain. Cari yang lebih ustaz daripada saya dan bina keluarga yang jauh lebih baik daripada apa yang kita bina sekarang.

“Masa suami Ummu Salamah meninggal, dia tertanya siapa orang yang lebih baik daripada suaminya yang bersusah-payah dan menjaganya. Akhirnya Rasulullah sendiri yang mengahwini Ummu Salamah,” kongsinya.

Tambahnya, perkahwinan tersebut juga berpotensi untuk mendidik anak-anak mengaji al-Quran dan ilmu agama, sekali gus memberi ganjaran pahala yang banyak kepada arwah bapa.

“Kita pun kalau dah tiada nanti, tentu kita nak isteri dapat berkahwin dengan orang yang lebih baik daripada kita.

“Mungkin anak-anak kita yang asbab perkahwinan baharu itu, suami itu ajar anak kita mengaji al-Quran dan ilmu agama. Bukankah kita sebagai arwah bapa turut memperoleh pahala yang banyak,” jelasnya.

Untuk rekod, Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Pasangan itu juga kini sedang menanti anak ketiga mereka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sukan Asia: Malaysia Rentap Ego Thailand

0
PETALING JAYA – Penantian 36 tahun akhirnya berakhir apabila skuad sepak takraw negara menumbangkan musuh tradisi, Thailand 2-0 untuk merampas pingat emas acara regu...

CATEGORIES