Saturday, April 11, 2026
HomeHIBURANJannat Zubair Tolak Watak ‘Daring’

Jannat Zubair Tolak Watak ‘Daring’

MENCEBURI dunia lakonan sejak berusia 10 tahun, Jannat Zubair aktif memenuhi tawaran membintangi drama dan filem.

Begitupun, gadis yang sudah mencecah 22 tahun itu mengakui sangat selektif kerana enggan terjebak dengan babak panas.

Katanya, dia pernah dipujuk melakukan adegan intim yang perlu memperlihatkan bahagian tubuhnya.

Berpendirian teguh, Jannat menegaskan dia tidak akan sesekali menojolkan diri dengan cara sedemikian meski ditawarkan bayaran tinggi.

Kata penuntut universiti itu, babak ‘daring’ tidak termasuk dalam senarai perkara yang mahu dilakukannya.

“Biarlah tiada tawaran sekali pun, saya tidak akan terbabit dengan produksi yang menuntut saya melakukan babak panas. Saya enggan dieksploitasi,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Terima Kasih Daddy, Awak Sentiasa Di Sisi – Watie

0
PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanafiah bersyukur dikurniakan pasangan hidup yang banyak membantunya sepanjang tempoh menjaga anak mereka, Akira...

CATEGORIES