Wednesday, August 26, 2026
HomeHIBURAN‘Itu Berita Palsu’ – Redza Rosli Nafi Isteri Hamil

‘Itu Berita Palsu’ – Redza Rosli Nafi Isteri Hamil

SHAH ALAM – Pelakon Redza Rosli menafikan khabar angin yang mendakwa isterinya, Bella Hanna sedang berbadan dua.

Menurut Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 33, berita yang tersebar itu adalah palsu.

“Memang saya dengar juga berita tersebut. Sekiranya benar isteri saya hamil, saya tidak akan sembunyikannya. Cukuplah perkahwinan saya dirahsiakan sebelum ini. Tahu-tahu dapat kad jemputan sahaja.

“Bagi saya apabila sudah sampai waktu yang tepat untuk dikongsi, saya akan beritahu kepada umum. Tetapi terima kasih kepada mereka yang mendoakan isteri saya hamil,” katanya ketika ditemui pada sesi bersama media di lokasi penggambaran drama bersiri Dendam Seorang Madu di sini, hari ini.

Menurut Redza, dia dan Bella tidak pernah merancang untuk mempunyai anak, sebaliknya berserah kepada rezeki dan ketentuan Tuhan.

“Apa yang saya nampak keserasian antara saya dan isteri adalah masing-masing suka buat perkara secara spontan.

“Contohnya kalau kami nak pergi bercuti, kami tak suka nak merancang.

“Begitu juga dalam soal rezeki anak, kalau sudah ada rezeki Allah nak bagi saya tidak akan menolak. Terima saja apa rezeki yang baik,” ujarnya.

Sebagai rekod, Redza selamat bernikah dengan wanita pilihannya yang juga pelakon Bella pada 21 Jun tahun lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi , Saham Bank Pacu Kenaikan

0
KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan prestasi yang sangat positif, dipacu asas domestik yang kukuh, namun sentimen berhati-hati pelabur dijangka mengehadkan...

CATEGORIES