Wednesday, June 24, 2026
HomeHIBURAN‘Isteri Bawa Aura Positif, Kami Makin Kerap Mengaji’

‘Isteri Bawa Aura Positif, Kami Makin Kerap Mengaji’

BERSAMA-SAMA mencari keberkatan hidup, pelakon Shukri Yahaya mengakui penampilan isterinya, Tya Adnan yang berniqab sejak Februari lalu membawa aura positif terhadap rumah tangga mereka.

Shukri atau nama lengkapnya, Mohd Shukri Yahaya, 36, berkata, perubahan yang lakukan suri hatinya itu bukan hanya pada imej, bahkan secara tidak langsung menyuntik semangat menggandakan amalan harian termasuk membaca al-Quran.

“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas berniqab.

“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja, cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah.

“Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya ketika ditemui di sidang media tiga drama terbitan Astro, Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik baru-baru ini.

Sebagai suami, Shukri bersyukur melihat perubahan insan kesayangannya selain memanjatkan doa agar Tya terus istiqamah.

“Tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat.

“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan yang baru pulang dari mengerjakan umrah meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab.Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 itu dikurniakan dua cahaya mata, Aaira Ameena, 8, dan Maleeq Miqayl, 4.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Siti Bakal Cipta Sejarah, Artis Malaysia Pertama Penuhkan SNBJ 3 Kali

0
PETALING JAYA – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mencatat sejarah sebagai artis Malaysia pertama memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil (kini TM Stadium...

CATEGORIES