Thursday, June 25, 2026
HomeHIBURANInul Alami Rugi Besar, Bekas Pekerja Songlap Barangan Syarikat

Inul Alami Rugi Besar, Bekas Pekerja Songlap Barangan Syarikat

PENYANYI dangdut Inul Daratista mengalami kerugian besar apabila bekas pekerjanya ditangkap mencuri beberapa barangan berharga syarikat.

Lelaki yang bekerja sebagai pembantu pejabat itu dipercayai melarikan kereta syarikat, komputer riba, wang tunai dan barangan berharga.

Kejadian itu membabitkan premis perniagaannya di Inul Vista yang terletak di kawasan Sunter Agung, Jakarta Utara.

Sehingga kini jumlah kerugian belum dapat dipastikan, namun laporan polis sudah dibuat Inul beberapa hari lalu.

Penyanyi tersebut kesal dengan perbuatan dilakukan individu terbabit selain tidak menyangka kepercayaan diberikan telah dikhianati.

Pada masa sama, ahli perniagaan terbabit berharap semua kakitangan syarikatnya jujur ketika bekerja.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Ronaldo Belum Berkarat Bantu Portugal Belasah Uzbekistan 5-0

0
HOUSTON – Cristiano Ronaldo menutup mulut pengkritiknya apabila berjaya meledak dua gol selepas membantu Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan...

CATEGORIES