Saturday, July 12, 2025
HomeHIBURANHanya Menegur, Tiada Niat Ingin Bermusuhan - Nabila Huda

Hanya Menegur, Tiada Niat Ingin Bermusuhan – Nabila Huda

PETALING JAYA – Pelakon Nabila Huda menolak dakwaan sengaja mencipta permusuhan dengan mana-mana pelakon hanya kerana memuat naik teguran lantang dalam media sosial.

Bintang berusia 39 tahun menjelaskan, sebarang kenyatan bersifat teguran yang dimuat naik selama ini tidak secara spesifik ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya bersifat rawak dan kebetulan isu sama sedang hangat diperkatakan.

“Teguran saya sebagai seorang profesional dan hanya berkaitan isu semasa pada ketika itu. Saya okey sahaja nak bekerja dengan sesiapa pun.

“Kalau saya cakap, terima sahajalah, sebab ramai yang kenal perangai saya jenis lantang tetapi tiada niat buruk apatah lagi hendak bermusuhan dengan mana-mana individu.

“Perkara itu hanya disuarakan secara rawak sahaja ketika itu, ditambah pula isu itu sedang hangat diperkatakan,” tuturnya mengulas keterbukaan menjalin kerjasama dengan mana-mana pelakon, termasuk Sophia Albarakbah yang pernah hangat dengan kisah penyondol sebelum ini.

Dia juga tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama dengan Sophia walaupun sebelum ini pernah lantang bersuara mengenai isu penyondol di set penggambaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mbappe, Cristiano Ronaldo Buat Pilihan Sama

0
PARIS – Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo miliki pilihan yang sama dalam memilih siapa yang layak merangkul Ballon d’Or 2025 dengan kedua-duanya menyatakan sokongan...

CATEGORIES