Thursday, May 14, 2026
HomeHIBURANGosip Fattah Amin & Amira Othman Bakal Berkahwin Mula Tular

Gosip Fattah Amin & Amira Othman Bakal Berkahwin Mula Tular

KUALA LUMPUR : Pelakon, Fattah Amin, sekali lagi menjadi bahan bualan ramai apabila didakwa bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Perkara itu menjadi topik di pelbagai platform media sosial setelah kononnya ‘dibocorkan’ oleh seorang pengguna.

“Info sahih kata, Fattah akan berkahwin tidak lagi,” katanya ringkas.

Berdasarkan kenyataan itu, ramai kalangan peminat menyebut, kemungkinan desas desus Fattah akan mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Amira Othman setelah seringkali di gosipkan bersama.

Tidak cuma itu, ada yang mendakwa, pasangan itu sudah menempah dewan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Ada juga yang menokok tambah,kononnya, Fattah dan Amira memilih Disember sebagai bulan untuk meraikan hari bahagia mereka.

Sebelum ini, gosip Fattah dan Amira bermula sejak mereka berkolaborasi dalam sebuah muzik video single terbaharu Amira berjudul Bila Nak Kahwin? dilancarkan.

Ia berikutan, Fattah telah menjadi cameo dalam muzik video tersebut sebelum kemudiannya terlibat dalam banyak projek lain bersama Amira.

Sumber: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES